Posted by: diana husna | June 11, 2008

Kahwin untuk dapat kerja

Menarik juga berita yang dilaporkan di Teheran ini, jika difikir ada juga kebaikannya dalam membendung gejala sosial yang kian meruncing ini.  Kalau arahan begini diadakan di Malaysia, pasti amanlah surat khabar daripada berita rogol yang berleluasa, betul tak. 

Berita itu melaporkan kakitangan bujang di sebuah syarikat utama kerajaan di negara itu diberi tempoh sehingga 21 September ini untuk bernikah, jika tidak mereka akan dipecat, lapor akhbar semalam
Menurut akhbar harian Kayhan, pengurusan syarikat utama itu meminta kakitangannya memulakan keluarga bagi memenuhi tuntutan agama.
Walaupun tidak menamakan organisasi berkenaan, akhbar sederhana Iran, Etemad, berkata syarikat itu adalah Pars Special Economic Energy Zone, konglomerat raksasa yang menguasai kemudahan gas dan petrokimia Iran di perairan Teluk.
“Malangnya sesetengah pekerja kami tidak memenuhi tuntutan dan kekal bujang,” lapor Etemad yang memetik kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan.
Etemad turut melaporkan, kenyataan itu menyatakan: “Disebabkan berkahwin adalah satu daripada kriteria untuk bekerja di sini, pengurusan mengumumkan untuk kali terakhir bahawa semua kakitangan lelaki dan wanita diberi masa sehingga 21 September untuk memenuhi syarat penting dan tanggungjawab agama ini”.
Syarikat penapis minyak itu terletak di hab tenaga Assalouyeh di pantai selatan Iran dan ketika puncak musim panas, suhu mencecah 50 darjah Celsius.
Keadaan itu dianggap tidak sesuai untuk kehidupan berkeluarga.
Kebanyakan pekerja di syarikat terbabit adalah lelaki yang mencari pendapatan lumayan.
Arahan berkenaan dilihat langkah pengurusan mengelak risiko timbulnya masalah seksual di situ,
Sementara itu, Gabenor Khorasan Utara turut menegaskan, hanya kakitangan berkeluarga diberi peluang menjawat jawatan secara rasmi di situ.
“Kakitangan yang bujang mesti berkahwin sebelum dilantik ke jawatan rasmi,” lapor akhbar ISNA. – AFP


Responses

  1. heheheheh… kat Malaysia ade cenggitu tak ?

  2. boleh start polisi nih… hehehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: