Posted by: diana husna | June 17, 2008

Bantah konsert Mas Idayu, Ella di Selangor

PAS bantah konsert Mas Idayu di Selangor. Bagi saya elok sangat langkah itu diambil. Sudah terlalu banyak konsert sekeliling kita. Tengoklah masalah sosial tak yang berkesudahan. Setiap hari kita dimomokkan dengan angka jenayah yang kian bertambah.

Langkah mengatasi dan pencegahan tidak pula dibuat, patutlah makin banyak anak tidak cukup sifat dibuang di merata tempat. Bagaimana generasi kita ingin menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat jika di sekeliling mereka penuh dengan hiburan yang melalaikan.

Seorang terkenal dengan trademark rambut mengerbangnya, sorang lagi dengan gelaran gelek 45 darjahnya. Jadi mana relevannya mereka dengan pembentukan generasi yang berakhlak dan berwawasan.

Sewajarnya konsert yang menampilkan artis sebegitu kita tolak terus tak ruginya jika konsert itu dibatalkan. Difahamkan PAS Kawasan-kawasan dan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di Selangor telah masing-masing menghantar memorandum kepada Menteri Besar agar membatalkan konsert berkenaan khasnya yang melibatkan Ella dan Mas Idayu.

Isnin nanti difahamkan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor akan berkunjung ke Pejabat MB untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Dalam kita mahu merayakan 100 hari Kerajaan pakatan Rakyat di Selangor, semua pihak perlu sensitif dan akur akan tuntutan PAS ini, kerana PAS merupakan penyumbang besar ke arah kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor (walaupun memiliki bilangan kerusi terkecil di dewan).

PAS bukan menuntut kejohanan itu dibatalkan malah saya percaya konsert itu sekalipun kalau mahu diteruskan tidak bermasalah, tetapi isunya adalah artis-artis wanita seperti Ella dan Mas Idayu yang pasti mengundang risiko moral yang tidak ada tempat di dalam Islam.

Isu prinsip dan pokok seperti menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, tidak boleh dikompromi atau di “tutup sebelah mata” oleh PAS sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan Islamnya sejak lebih 50 tahun dalam negara ini. Kerana itu saya mengharapkan MB Selangor akan segera bertindak agar kita tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi dalam kerajaan baru yang didokong rakyat ini.

Yang penting rakyat Selangor mesti dipacu ke arah memiliki akhlak dan moral yang baik disamping maju dan sejahtera dalam suasana bersih, telus dan bebas rasuah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: