Posted by: diana husna | September 18, 2008

Lelaki fobia masjid

LELAKI penakut? Mungkin agak janggal dengan perkataan itu. Biasanya sifat penakut ini dikaitkan dengan golongan wanita yang dianggap lemah. Tidak kiralah takut hantu atau takut melihat kejadian kemalangan yang ngeri. Tetapi pernahkah anda mendengar lelaki fobia masjid atau surau?

Golongan ini ada, mereka bukanlah golongan mat rempit atau mat lalok yang tidak menghiraukan hal ehwal agama. Sebaliknya lelaki fobia masjid ini ada di sekeliling kita. Mereka kelihatan normal, mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadan, membayar zakat   namun kebanyakannya belum menjejakkan kaki ke Makkah.

Apakah punca mereka jadi takut atau fobia untuk ke masjid atau ke surau? Jika perempuan kita fahamlah, perempuan lebih afdal beribadat di rumah berbanding masjid. Bayangkan ketika azan berkumandang ada yang sanggup melayan binatang peliharaan seperti ikan atau kucing di rumah daripada menyahut seruan muazin dari masjid. Sedangkan masjid hanya berberapa langkah saja dari rumahnya.

Kalau tidak solat di masjid, mungkin dia solat di rumah agaknya. Tapi bukanlah lelaki digalakkan memakmurkan masjid selain dijanjikan dengan  ganjaran pahala yang lebih berbanding jika solat di rumah. Memakmurkan masjid juga bermakna menguatkan perpaduan ummah

Lelaki spesis ini ramai kawan. Jika kawan mengajak pergi ke restoran atau kedai kopi untuk bersembang, dia sanggup terima pelawaan kawannya.  Biarlah berbual kosong berjam-jam dia tidak kisah. Kedai kopi atau restoran yang jauh pun dia rela pergi. Sebaliknya apabila ada kawan-kawan mengajak dia berjemaah di surau atau masjid, pelbagai alasan yang diberikan.

  Pernah seorang kawan di pejabat mengajak lelaki spesis ini pergi ke surau untuk solat dan berbuka puasa berbagai alasan diberikan untuk menolak pelawaan itu. Pelik sungguh kawan-kawan dengan lelaki ini hingga terkeluar dari mulutnya “agaknya dia akan mati kalau masuk dalam masjid atau surau” usik  kawan yang mengajak tadi.

Apa yang silap agaknya? Atau dia tak mahu dikatakan riak kerana bersolat di masjid atau surau, jadi anggapannya biarlah solat itu dilakukan secara bersendirian tanpa pengetahuan orang lain. Kalau fikir pasal takut dikatakan riak, baiklah dia terus meninggalkan kereta mewah yang dia ada, atau rumah besar yang dimilikinya kerana itupun boleh menyebabkan riak jugak.

Mungkin ada alasan yang lain agaknya?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: